Pages

Wednesday, 7 November 2012

dumpling


Assalammualaikum
salam sayang dan salam sejahtera untuk semua pengunjung yang disayangi..


Bersua kembali hari ini..alhamdulillah masih diberi peluang untuk menulis di blog kesayang ini..dapat berkongsi bersama teman-teman setiap masakan yang zila pernah cuba...



bagi penduduk negeri johor banjir di sana sini kan..semoga semuanya sentiasa selamat dalam lindugan Allah..khususnya penduduk batu pahat..di harap bersabar..dan sentiasa mengikut arahan yang di beri..zila doakan banjir cepat surut..dan masing-masing boleh menjalani tugas seperti biasa..



berbalik pada menu hari ini..zila nak kongsikan satu masakan cina..tapi rata-rata digemari oleh kaum melayu..almaklumlah satu malaysia..tak salah kalau kita mencuba masakan semua bangsa kan..selain dari dikukus boleh juga kita goreng dumpling nie..


Dumplings
are cooked balls of dough. They are based on flourpotatoes or bread and may include meatfish, vegetables or sweets.
They may be cooked by boilingsteamingsimmeringfrying or baking. They may have a filling or there may be other ingredients mixed into the dough.

Dumplings may be sweet or savoury. They can be eaten by themselves in soups or stews with gravy or in any other way. While some dumplings resemble solid water-boiled doughs such as gnocchi others such as wontons resemble meatballs with a thin dough covering.


Dumpling ni memang tak susah nak buat senang jew...pejam mata pun boleh buat tau h ehhee..bila aritu tengok kak hazila show terasa dah lama x makan..tu yang merajinkan diri nak buat..sos tu zila ikut cara kak hazila..tapi kalau nak cicah sos apa-apa pun boleh..

Selain daripada udang.. boleh juga guna daging lembu atau ayam. Sayur pula boleh tambah macam-macam ..boleh gunakan sayur kobis dan batang saderi..
semuanya bergantung pada citarasa masing-masing..


Dumpling

Bahan -bahan 
kulit dumpling secukupnya - boleh didapati di jusco atau pasaraya besar lain dan pastikan ada logo halal.
beberapa helai daun kucai/daun bawang/kubis - hiris ikut kehendak masing-masing
1 inci halia - dicincang halus
1 sudu sos bijan
2 sudu kicap cair
sedikit lada sulah atau lada hitam
sedikit sos tiram
udang - dicincang halus
sedikit tepung jagung

cara-caranya
Gaul semua bahan-bahan inti
ambil sedikit dan masukkan dalam kulit dumpling
basahkan keliling kulit dumpling supaya permukaan mudah lekat dan tidak terbuka.
kelim mengikut krativiti anda - rujuk utube jika inginkan kelim yang cantik
kukus sehingga masak dan hidangkan bersama sambal pencicah.

sambal pencicah
halia - diracik halus
bawang besar 
cili padi
kicap cair
sedikit gula
sedikit cuka

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...