Pages

Monday, 5 November 2012

tiramisu


Assalammualaikum
salam sejahtera dan salam sayang semua...



cuti sekolah dah nak bermula..minggu ini diorang dah last sekolah boleh merdeka kan lepas nie.. ..bagi ibu bapa ada yang plan nak ambil cuti ..bawa anak-anak berjalan..mesti masing-masing dah merangka destinasi percutian yang ingin dilawati ..bagi anak-anak memang lah seronok dapat berjalan kan..inilah masa yang diorang nanti-nantikan..


zila belum plan lagi nak kemana..suami ambil cuti 12 hari..nak habiskan cuti tahun yang ada..eeemmm tapi cuti zila hanya berbaki beberap hari jew..terpaksalah pergi kerja kan..h ahhaa..beruntung budak-budak sekarang kan..tak sama macam time zila dulu..setiap cuti sekolah biasanya menghabiskan masa dirumah...menolong keluarga..semuanya dah berubah kan..


ok lah ..berbalik pada cerita masak-masak..tiramisu zila buat sebelum raya haji haritu..atas permintaan suami..dia memang penggemar tegar cheese..tapi zila agak kurang sikit..zila boleh makan sepotong jew..yang lebihnya dia yang habiskan..iiissshhhh ganas betul kan..


tiramisu merupakan dessert yang mudah disediakan..sedap dihidangkan bila sejuk..kalau tak nak pakai loyang boleh jugak buat dalam cawan..lebih mudah nak dimakan..tak payahlah susah -susah nak potong..kalau tak suka biskut lady finger boleh jugak digantikan dengan kek span..terpulang pada kretiviti masing-masing ok..
pada sesiapa yang nak mencuba buat zila sertakan resepinya disini ..sebagai rujukan diri sendiri kelak..salam sayang semua..bye.



Tiramisu

250 ml whipping cream
250 gram cream cheese
1/2 cawan gula kastor
biskut lady finger - secukupnya
serbuk koko - secukupnya
essene vanilla
serbuk nescafe
air - untuk bancuh nescafe
parutan coklat - untuk hiasan


cara-caranya

  1. masukkan cream cheese kedalam mixer.
  2. campurkan whipping cream,essence vanilla,gula kastor.
  3. putar semuanya menggunakan kelajuan yang sedarhana..sehingga sebati.
  4. bancuh 1 sudu nescafe dengan air - tidak perlu diletak gula.
  5. celup biskut lady finger kedalam bancuhan air nescafe.
  6. susunkan dalam loyang..kemudian lapiskan dengan cream tadi,
  7. ulangi hingga habis..akhir sekali ayakkan serbuk koko ..
  8. wrapkan dan sejukkan dalam peti ais..
  9. parutkan coklat dan tabur diatasnya bila hendak dihidang..


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...