Pages

Tuesday, 30 October 2012

rendang ayam cili padi hijau


Assalammualaikum
salam sejahtera dan salam sayang semua..salam aidiladha buat pengunjung blog zila..semoga semuanya sihat..




ketupat merupakan hidangan aidiladha bagi masyarakat melayu di malaysia..bagi masyarakat di kampung biasanya jika tiba musim perayaan kita selalunya bertukar-tukar hidangan..kadang-kadang saya pun tertunggu-tunggu apakah hidangan yang diorang akan hantar dirumah emak..



dan jiran-jiran disekeliling rumah emak biasanya orang banjar dan orang bugis..bagi masyarakt bugis dipagi raya diorang jarang menyediakan ketupat..burasak merupakan hidangan utama beliau.rasanya memang sedap..



salah satu dari hidangan dihari raya zila tempohari..rendang ayam cili padi hijau.zila suka masak macamnie..kering-kering..letak santan sikit jew..lepas tue buat agak pedas sikit..waalaaa..berdesing telinga..h hehee

Rendang ayam cili padi hijau

ayam - 1 ekor
4 ulas bawang putih
10 ulas bawang merah
20 biji cili padi - lebihkan jika suka pedas
1 inci halia
1 inci lengkuas
4 batang serai diketuk
1/2 inci kunyit hidup
1 sudu besar ketumbar biji
1 sudu besar jintan
daun limau purut
daun kunyit
kerisik - dalam 4 sudu
sedikit santan pekat
garam dan gula mengikut rasa
air asam jawa.
penumis 1 paket




cara-caranya


  1. bersihkan ayam dan potong ikut suka.
  2. kisar dan tumis bahan -bahan di atas kecuali daun limau dan daun kunyit
  3. masukkan serai dan tumis sehingga naik bau..masukkan ayam gaul rata.
  4. masak ayam hingga empuk dan pekat
  5. perasakan masam dan masin
  6. masukkan daun limau purut dan daun kunyit..sedia di hidangkan.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...