Pages

Wednesday 10 October 2012

fresh fruit tart


Assalammualikum
salam sejahtera dan salam sayang semua..



dah makan ke belum??..jom makan kuih tart..pada sesiapa yang rajin bolehlah buat untuk minum petang..dan yang tak berkesempatan bolehlah beli jew yang dah siap..tinggal ngaappp jew..he hee


ini projek sabtu lepas sebenarnya,rasanya macam dah lama tak buat tart buah..bila tekak terasa-rasa nak makan ..mulalah semangat nie datang..perkara yang paling zila malas  iaitu buat shell dia..waalaaaweii ..menguji kesabaran betul menekan satu-satu kat dalam mould..he hee tapi berkat kesabaran tue..membuahkan hasil yang berbaloi-baloi..


Alhamdulillah shell tart sangatlah sedap.terasa lemak-lemak susu tepung tue.resepi nie dari  kawan sekolah zila yang rajin memasak juga,kecik dan comel jew orangnya..biasanya dia memasak di sekolah..sebab dia mengajar pendidikan khas.sedap sangat mia zila akan buat tart telur pulak lepas ini ok..muaaahhh i lapp u.


Tart shell
150g tepung gandum
1 tsp tepung kastard
1 tsp susu tepung
1/2 sudu besar gula 
1/2 biji telur yg dikocok
100g butter
cara kulit 

1. satukan tepung gandum, tepung kastard, susu tepung dan gula.

2. kemudian masukkan butter yang telah dipotong kecil-kecil.

3. Guna jari utk mixkan adunan masukkan telur dan gaul rata.
4. balutkan adunan tersebut dan simpan dlm peti sejuk.



Filling
1 sudu besar tepung kastard
1 sudu besar gula kastor
2/3 cawan susu segar
15 g butter
2 sudu kecil esen vanila

Cara-caranya

Satukan semua bahan untuk kastard kecuali esen vanila dan butter.
Kacau rata dan masak atas api perlahan hingga pekat.
padamkan api dan tuang esen vanila dan butter.
sebatikan dan biarkan sejuk.


  1. Keluarkan doh dari peti sejuk. Ambil sedikit doh dan masukkan dalam acuan,tekan dan ratakan mengikut ketebalan yang dikehendaki.
  2. Buat hingga habis. Kemudian cucuk-cucuk permukaan kulit tat dengan garfu.
  3. panaskan oven pada suhu 175C bakar selama 10-12 minit atau hingga kekuningan.
  4. Bila masak, keluarkan kulit tart dari acuan dan sejukkan diatas redai.
  5. Paipkan dgn krim pastri tadi. 
  6. Susun buah-buahan segar mengikut kreativiti masing-masing.
selamat mencuba kepada sesiapa yang nak mencuba.bye semua.






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

nuffnang