Pages

Tuesday 25 September 2012

onde onde - buah melaka





Assalammualaikum..
salam sejahtera dan salam sayang semua pengunjung blog yang disayangi.



bersua kembali..
sebenarnya nak show semalam kuih onde-onde nie..tapi masa tidak meyebelahi saya..semalam agak sibuk ..banyak kerja-kerja office yang nak diselesaikan so saya terpaksa padamkan niat nak berceloteh disini he heh ee terpaksalah saya pulun habis kerja yang ada..



mata nie pulak terasa nak terpejam jew..biasalah semalam kan hari isnin..memang hari yang paling malas nak memulakan sesuatu..lagipun badan nie terasa penat sebab sabtu lepas semua adik beradik zila datang beraya..he hhee oleh kerana syawal haritu jadual sangat padat.. habis syawal baru sempat nak jemput diorang semua datang kan..tak apa lah kan asal semuanya dapat berkumpul..

untuk menghilangkan rasa mengantok  ..so saya bukak la lagu shila hamzah..yang menang Asian Wave 2012..sedap pulak shila nanyi lagu mandarin..jatuh hati saya mendegarnya...tahniah shila..cantik sangat shila hamzah nie kan..




oklah cerita bab masak-masak pulak,
onde-onde atau buah melaka..memang sinonim dihidangkan time bulan puasa kan..tapi time bulan puasa tue langsung tak berkesempatan saya nak buat..
tapi tekak nie memang teringin sangat nak makan.


buat kuih nie memang senang kan..
oleh kerana dah lama saya tak makan onde-onde..jadinya tanpa kesedaran dah berbiji-biji masuk kat mulut..hehhehee memang sedap..zila suka buat colour hijau camnie..nampak lembut jew.. ok lah terima kasih atas komen-komen yang indah..insyaallah zila akan membuat kunjugan balas yer..antara lambat dan cepat jew..bye semua..



Onde-onde - Buah melaka

300 gm tepung pulut 
sedikit tepung gandum - 2-3 sudu besar
2 ketul gula melaka - dipotong kecil
25 helai daun pandan - dikisar dengan sedikit air
½ biji kelapa muda parut yang dibuang kulit ari



cara-caranya

  1. Bancuh tepung pulut dan tepung gandum dengan air pandan sedikit demi sedikit hingga adunan boleh digentel.
  2. Ambil sebesar ibu jari dan leperkan.
  3. letak gula melaka di tengahnya dan tutup semula.
  4. Jerang air panas hingga menggelegak. Masukkan kuih tadi.
  5. Angkat bila kuih timbul dan golekkan di atas kelapa parut yang bercampur sedikit garam.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

nuffnang