Pages

Thursday, 20 September 2012

jemput-jemput tofu jepun



Assalammualikum,
salam sejahtera dan salam sayang semua.




bertemu lagi didapur kecik zila4ever..terima kasih pada yang sudi bertandang..dan terima kasih pada yang sudi mencuba resepi-resepi yang ada disini..dan tq yang sudi add zila di fb..semoga persahabatan yang terjalin dialam maya ini akan terus berkekalan..




hari ini nak kongsi jemput-jemput tofu jepun..mesti ramai yang pernah buat kan..nie la sarapan kami semalam..dah lama tak makan jemput-jemput..ingat zaman kami kecik-kecik dulu..dapat makan jemput-jemput pun dah rasa sedap sangat..cicah pulak dengan sambal tumis..waallaaa sedapnya..h ehe he he





tapi semalam tak ada sambal tumis bagai,he hehe cicah sos jew la..malas betul nak buat sambal..resepinya sama macam jemput-jemput biasa,cuma zila tambahkan tofu jepun..dilenyek hingga sedikit hancur..zila guna 2 ketul tofu...dapat banyak jugak la.




lepas dilenyek,campurkan hirisan daun sup,hirisan bawang besar,sebiji telur dan kentang yang didadu kecil-kecil..zila letak kentang tu lebih sebab zila suka rasa kentang yang banyak.kemudian taburkan sedikit garam halus..letak tepung dan air biasa..agak-agak sendiri ok..janganlah keras dan lembik sangat..



zila tak bancuh dengan air panas sebab tofu nie dah melembutkan jemput-jemput tue..lepastu bolehlah digoreng ..sampai ptg pun masih lembut..tak akan keras...
oklah selamat mencuba pada sesiapa yang nak cuba yer..bye semua ..





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...