Pages

Wednesday, 1 August 2012

puteri ayu



Assalammualaikum
salam sayang semua..terima kasih atas kunjugan kawan-kawan kesini,kunjugan balas akan menyusul yer..dua tiga hari nie line internet di area zila sangat slow..nak tinggalkan komen pun punyalah lama loading tak masuk-masuk..waallaaaa menggugat iman betul..he hhe bersabar jewlah duhai hati..






sekejap betul masa berlalu,hari ini dah masuk hari yang ke 12 kita berpuasa..semoga amalan kita sentiasa diterima ALLAH.aminn...
hari ini nak kongsi salah satu menu berbuka kami pada ahad lepas..


betul la tue..puteri ayu..zila suka makan kuih nie..tapi memang tak pernah cuba buat sendiri..biasanya kalau terasa nak makan pergi beli jew la..tapi memang niat dalam hati nak buat sendiri..
inilah godaan BW..masing-masing dah cuba buat kuih nie..zila jew yang ketinggalan ..



aritu nampak nieza buat..mamasya pun banyak kali buat resepi nie zila ambil dari dapur mamasya..dan ramai lagi yang buat..semuanya nampak cantik2..tu yang semakin berkeinginan nak buat..anak tak berapa minat kuih ini..hubby pulak langsung tak dijamahnya..ha hhaaa dia asik tanya apa maksud puteri ayu...dia rasa pelik sangat..jom semak resepi..pada sesiapa yang berkenan pun boleh cuba tau..



resepi oleh: mamasya 
dicuba oleh : zila4ever.blogspot.com

Kuih Puteri Ayu

Bahan-bahan

270 gm tepung gandum
1 sudu kecil ovallate
240ml santan/ fresh milk
1 sudu besar jus pandan- 1 sk perisa pandan
3 biji telur
240gm gula
*Kelapa parut (muda) digaulkan sedikit garam dan 1 sudu besar tepung ubi





Cara-caranya:
  1. Telur dipukul bersama gula sehingga kembang.
  2. Masukkan santan, ovallate dan tepung gandum.
  3. Gaulkan sehingga sebati dan letak pewarna yang digemari.
  4. Panaskan periuk kukus dan sapukan sedikit minyak pada acuan.
  5. Ambil sedikit kelapa yang telah digaulkan tadi dan tekan sehingga padat. Tuangkan adunan tepung tadi. Kukus hingga masak selama 15 minit.
  6. kuih ini boleh juga ditukarkan jus pandan / perwarna lain dengan pes coklat.





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...