Pages

Friday, 27 July 2012

ayam yogurt



Assalammualaikum
salam sejahtera semua,selamat menjalani ibadah puasa..diharap semuanya ok-ok jew erk..terima kasih keatas kesudian teman-teman kesini dan meninggalkan komen-komen yang indah..dan terima kasih juga pada yang sudi follow blog zila ini..blog yang ala-ala jew..dan zila dah follow balik kamu semua yer..




time bulan puasa nie masak pun ala kadar jew,kataorang mana yang sempat jew la kan..kadang-kadang tu berbuka jugak diluar sebab dah terperangkap kat jem..sampai rumah pun dah buka..nak berBW pun sekarang tak tentu masa..ada masa terluang kat office nie sempat jugak meround blog kawan-kawan..kalau tak sempat malam-malam la jawabnya..he hee..





hari ini nak share lagi satu menu..menu simple-simple ..ayam masak yogurt..rasanya sedap memang kena dengan tekak kami sekeluarga..hubby pun suka ayam masak macamnie..sebab dia penggemar tegar yogurt..1 kilo boleh sekali makan..melampau kan..he hhee hubby zila nie orang punjabi so susu dan yogurt tu  memang pilihan utama beliau..







jom semak resepi,pada sesiapa yang nak mencuba bolehlah cuba yer..

ayam yogurt
1 ekor ayam - potong 12 cuci dan toskan
1 paket penumis 4 sekawan
2 batang serai diketuk
beberapa helai daun kunyit - dihiris halus
1 sudu makan kerisik
1 cawan yogurt


bahan-bahan kisar
1 sudu kecil jintan kasar
1 sudu kecil jintan halus
1 sudu makan ketumbar
1 sudu kecil serbuk lada hitam
8 biji cili padi - ikut kepedasan masing-masing
2 biji lada merah 
1 inci halia
1 inci kunyit
1 inci lengkuas
4 biji bawang putih
1 labu bawang besar





cara-caranya

panaskan minyak.masukkan penumis 4 sekawan dan serai..tumis sehingga wangi.
masukkan bahan-bahan kisar,tumis hingga garing dan wangi.
kemudian masukkan ayam gaul rata..masak sehingga ayam agak lembut.
masukkan yogurt dan kerisik,masak sehingga agak kering.
tabaurkan hirisan daun kunyit.
perasakan masinnya..tambahkan sedikit air asam jawa jika kurang masam..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...