Pages

Tuesday, 24 July 2012

nasi jagung



Assalammualaikum
dan salam sejahtera semua,pose tak hari nie..he hehee..?..ayat tanya tue..pejam celik..pejam celik dah hari yang keempat kita berpuasa kan..pantas betul masa berlalu..semalam zila terperangkap dalam kesesakan jalanraya yang teruk..plan nak masak best-best pun dah lari kelaut.eeemmm tak per la kan..tunggu hari cuti baru boleh masak best-best..



nasi jagung nie bukan menu berbuka puasa tau..sebelum puasa tu dah buat..cuma belum berkesempatan nak show diblog..nasi jagung salah satu hidangan kegemaran zila dan keluarga..resepi yang mudah dan ringkas..dan rasanya pun sedap.sesuai dihidangkan bersama ayam sambal..atau rendang berserta acar..resepi asal dari rakan sekerja..jomm semak resepi ..pada sesiapa yang nak mencuba zila sertakan resepinya disini..




Bahan A: 
2 cawan beras basmathi 
2 1/2 cawan air 
1/2 cawan susu cair 
1 cawan jagung biji 
1 sudu kecil garam 
Sedikit pewarna kuning 

Bahan Menumis: 
1 sudu besar marjerin 
2 sudu besar minyak jagung  
1 paket penumis
1/2 labu gawang besar dimayang bulat 
2 batang serai-diketuk 

Bahan B (dikisar) 
1/2 inci halia  
1/2 labu bawang besar 
2 ulas bawang putih 



Cara membuat: 

  1. Beras dicuci kemudian ditoskan. 
  2. Panaskan minyak jagung beserta marjerin di dalam periuk.
  3. Masukkan rempah tumis dan tumis sebentar.
  4. Masukkan serai, bawang yang dimayang dan tumis sehingga agak garing sebelum masukkan bahan yang dikisar.
  5. Goreng hingga naik bau.Masukkan air, susu cair dan garam. Setelah mendidih, masukkan beras, jagung dan sedikit pewarna kuning. 
  6. Tanak hingga masak.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...