Pages

Friday, 13 July 2012

egg tofu/tofu jepun


Assalammualaikum
salam sejahtera semua,sihat tak nie?..he hehe moga-moga semuanya ok erk..zila pun ok jugak cuma batuk-batuk kecil jew..mungkin kurang sangat minum air..tak per lepas nie boleh minum air banyak-banyak..


terima kasih atas kunjugan kalian semua ..meniggalkan komen-komen yang indah..he hehee terhibur hati nie bila baca komen-komen tue..hilang sikit stress kat kepala nie..rupanya blog pun boleh jadi terapi yang baik..eemmm bagus kan..:) sebenarnya semua orang yang ada blog nie seorang yg kretif. memang bukan satu kerja yang mudah kan..bila kita nak post sesuatu tue..aiii nak kena ada idea jugak..kadang-kadang idea nak berceloteh pun dah lari kelaut..he hehe



ok la zila nak jawab soalan yang kat komen masakan lepas aritu tentang gambar..he hehe adoiii terasa amatlah segan kalau nak buat entry pasal fotogrphy nie..bukannya lokek ilmu..jauh sekali memang tidak tau..jangan risau..apa ilmu yang zila ada semuanya zila akan kongsi bersama..tapi zila nie masih bertatih ..tak sepandai akak azlita masam manis tue...dan tidak setanding cik ct delima tu jugak..kedua-dua blogger tue memang arif tentang photo..he heh .ok lah biasanya zila ambil gambar waktu siang..mula dari 9 pagi macamtulah..zila tak gunakan flash..cahaya matahari tu banyak membantu kalau kita gunakan flash gambar tu memang kurang cantik..zila ada gunakan meja kecik yang boleh dilipat dan dialih2..papan-papan tue zila guna papan pellet..tak perlu dipaku hanya disusun-susun..memudahkan kita nak ubah-ubah..cat la dengan colour yang anda minat..depan dan belakang colour lain..kalau jemu nanti boleh tukar-tukar..he hehe..lepas ambil gambar..memang nak kena edit la kan..zila edit dicomptr senang sikit..sebab nak edit kat kamera tak mahir lagi..so kat situlah kalau nak gelap ker atau terang ..ambil gambar banyak-banyak..lepas tu pilih mana yang terbaik sekali..semoga  info ini dapat membantu yer.



semua dah brekfst kew?..zila pun tak lagi cuma minum susu putih secawan..mood nak bersarapan macam kurang pulak harinie..ok hari ini nak share masakan semalam..yang dah jadi arwah yer..he hee tofu telur..mesti ramai yang suka kan?..kalau makan kat restoran atau mana-mana kedai makan memang terhidanglah tofu nie..tapi harganya memang agak mahal..lebih berbaloi buat sendiri..dan lebih murah ...



resepi yang simple.kalau masuk dapur zila semua masakannya simple yer..he hhee tak mencabar betul kan..tapi apa yang zila kongsi disini semuanya masakan harian zila..kiranya masakan yang mendapat carta terhangat dirumah   
tu..so lebih baik masak apa yang diorang makan betul tak?..kalau terbuang sayang la pulak kan.jom semak resepi kepada sesiapa yang berminat bolehlah cuba yer..


tofu telur

3 tiub egg tofu
3 ulas bawang putih - didadukan
1/2 inci halia - didadukan
sedikit serbuk lada putih
1 kiub ayam
3 biji cili padi hijau - diketuk
1 1/2 sudu besar sos tiram
1/2 sudu besar tepung jaggung/tepung gandum -dibancuh bersama 1/2 cawan air
sedikit air
garam secukup rasa
1 biji putih telur
sayur campur yang digemari seperti -baby corn/kacang peas/brokoli




cara-caranya
  1. celurkan sayur-sayuran yang anda gunakan.
  2. potong egg tofu dengan plastik pembungkusnya kepada 2 bahagian kemudian digoreng hingga nampak sedikit garing.
  3. tumiskan bawang putih ,kiub ayam,halia dan cili padi sehingga berbau harum.
  4. masukkan sos tiram dan kacau.
  5. masukkan sedikit air dan bancuhan tepung jagung/gandum tadi suaikan kepekatan yg anda kehendaki,masukkan sedikit lagi tepung jika kelihatan cair,masuk lada sulah kacau hingga agak pekat.
  6. kemudian masukkan putih telur,tak perlu dikacau.buat seperti 2-3 lorekkan mggunakan garpu..dan tutup api.
  7. tuangkan keatas tofu dan sayuran yang telah disusun diatas bekas yang sesuai.
  8. selamat mencuba.








Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...