Pages

Wednesday, 11 July 2012

sup ayam hadnyai - masakan patani

Assalammualaikum



selamat pagi semua,semoga sentiasa happy disamping insan-insan yang tersayang..terima kasih atas komen-komen yang indah..tanpa anda semua sunyilah blog zila4ever nie..i love u allz..terima kasih kepada follower baru..dan yang lama..jom kita sama2 memeriahkan dunia masakan .



sebenarnya dah lama nak buat sup nie..asik bertangguh jew..mula jatuh hati bila tengok quinnie show..pastu tun telani pun ada show..waallaaa betul-betul tak tahan tengok..dan ika pun pernah buat jugak..ramai betul yang sehati sejiwa mengatakan ianya sangat la sedap...mungkin ada beberapa blogger lain yang dah mencuba.



lepas nie kan tak payah la ke hadnyai nak makan sup nie..he hhe duduk jew rumah buat sendiri amat-amat berbaloi..rasanya memang-memang sedap..betul la macam diaorang komen..sesiapa yang tak pernah cuba memang kena cuba jugak..kalau tak cuba memang kita tak akan tau rasanya.


saya pun sama macam tun suka kuah pekat-pekat sikit..tapi dirumah nie diorang suka hirup kuah..so saya lebihkan sikit..tapi tak la sampai cair..kiranya masih pekat lagi la.makan bersama nasi hangat..kalau suka boleh letak samball kicap..rasany alagi sedap..



jomlah sama-sama semak resepi yang sangat la sedap nie.

sup ayam hadnyai
resepi asal:pyhonda
telah dicuba bersama oleh: tun telani,quinnie,ika

Bahan-bahan ( 3 orang makan )

  1. Sebelah ayam dipotong-potong
  2. 3 ulas Bawang putih dan 5 ulas bawang merah, 3 biji cabai, 4 cm halia ditumbuk lumat.
  3. 7 cm lengkuas dihiris sederhana nipis dan tumbuk untuk pecahkannya.
  4. 5 batang serai ditumbuk untuk pecahkan.
  5. 2 sudu besar Ketumbar ditumbuk lumat, 1 sudu kecil jintan manis dan jintan putih ditumbuk sehingga lumat.
  6. 2 biji bunga lawang, 5 biji buah pelaga, 3 ketul kayu manis dan 3 kuntum bunga cengkih
  7. daun sup, daun bawang, daun sadri dan batang sadri - zila masukkan daun ketumbar







Cara-cara

  1. Tumiskan bawang putih, merah, cabai, halia, ketumbar, jintan manis dan putih, bunga lawang buah pelaga, kayu manis, bunga cengkih, lengkuas dan serai sehingga menaikkan bau yang semerbak harum dan mewangi
  2. Masukkan ayam yang sudah dipotong-potong mengikut citarasa kedalam tumisan tadi dan gaulkan sehingga rata tutup dan biarkan 5 minit. Masukkan batang sadri
  3. Masukkan 5 cawan air dan biarkan sehingga menggelegak.
  4. Tambahkan garam secukup rasa n sedikit saja gula untuk menyedapkan rasa kuahnya.
  5. Hiriskan daun bawang, sup dan sadri taburkan pada hidangan. Perahkan sedikit limau nipis. 




selamat mencuba..tata..muaahhh love u allz.;P



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...