Pages

Monday 9 July 2012

puding tapai ubi dan rock melon


Assalammualaikum


dan salam sayang semua pengunjung blog zila yang setia..terima kasih atas kunjugan dan komen-komen yang indah..semakin bersemangat nak berblog..i love u allz..




minta maaf jika zila masih tak sempat jengah blog kawan-kawan..tapi jangan risau zila pasti akan datang yer..antara lambat dan cepat jew.tungguuu..cuma time kat opis kadang-kadang tak sempat nak celah.. kerja sangat pack..



jomlah cerita pasal masak-masak pulak..siapa pernah buat puding camnie?..mesti ramai yang dah try kan?..zila pun sama..dah banyak kali buat..time buat open house kat rumah mesti zila hidangkan tapai ini..tapi tak berserta rock melon..cuma zila dadukan tembikai susu biasa jew..tp memang sedap.


terasa masam-masam tapai ubi tue..tapai ubi tu zila tak buat beli jew..satu pack kecil RM1 ..memang berbaloi sebab rasanya manis..kalau buat sediri belum pasti akan menjadi..he hehe takut-takut keras la pulak..


cara membuatnya sama seperti kita buat puding koktail..cuma kita gantikan dari segi buah-buahan..kerana yang fresh tu kan lebih baik.he ehee .kita dadukan buah rock melon, isi dalam bekas yang disukai..masukkan tapai ubi kemudian curahkan kuah diatasnya.masukkan dalam peti sejuk seketika dan sedia dinikmati..disini zila sharekan resepi untuk kuah  sebagai rujukan zila dan pada sesiapa yang nak mencuba.




Bahan kuah puding
 1 tin susu cair atau susu segar
2/3 cawan gula pasir atau gula merah
1/2 cawan air
1 sudu teh essen vanilla
1 helai daun pandan


Bahan Kuah 
Campur semua bahan dan masak kuah dengan api perlahan. Tutup api bila mendidih, perasakan kemanisannya..sejukkan.



selamat mencuba.:)




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

nuffnang