Pages

Wednesday, 4 April 2012

kuih bakar labu


Assalammualaikum dan selamat pagi semua.terima kasih diatas kunjugan teman-teman yang saya amat sayangi semua.insaallah saya akan terjahhh kedapur anda semua yer..pagi-pagi lagi dah tayang kuih bakar labu kan..hee heee he.Khasiat labu bukan sekadar terletak pada isu buahnya tetapi juga biji, bunga dan daunnya.
Buah ini adalah antara watak yang turut tersenarai dalam kisah dongeng kanak-kanak Cinderella. Ditukar oleh tukang sihir menjadi kereta kuda, buah labu ternyata sudah dikenali kebanyakan orang sejak zaman kanak-kanak lagi.

Jika tidak kerana kisah Cinderella, mungkin juga kita mengenali buah labu sebagai hiasan ketika orang Amerika Syarikat (AS) menyambut Helloween. Atau mungkin juga sebagai buah yang bijinya (kuaci) cukup popular dan enak dikudap ketika menonton wayang.




Dalam buku 'Vegetables : For Health and Healing' nukilan Ong Hean Chooi,isi labu yang direbus dikatakan baik untuk merawat tekanan darah tinggi dan penyakit kuning. Labu yang dimasak juga baik untuk mengawal diabetes manakala labu yang dikukur halus boleh merawat luka kecil seperti terbakar atau luka pisau.itulah antara kebaikan labu,tapi tidak semua orang mengemarinya kan..



tak tahan godaan bila berBW..masakan masing-masing memang sedap-sedap..kadang-kadang rasa nak amik jer kat pic diorang tue..tapi apakan daya tangan tak sampai...rata-rata rakan bloger dah buat kuih bakar nie kan..saya antara pengemar kuih bakar ,kerap jugak beli kuih nie kat warung-warung kuih saban pagi..tapi rasanya lagi berbaloi kalau di godeh sendiri oleh jari  jemariku..hi hiii hii dapat makan banyak sikit..kalau kat luar tu sringgit 3..pastu part2 yang kerak mesti orang lain dah kebas dulu..hampeehhh betul..


ok la berbalik pada resepi nie,saya ambil dari dapur kak yatie.master bahagian kuih bakar nie..tapi saya buat separuh adunan sahaja sebab kat rumah nie tak ramai orang sebab tu kena buat dalam quantiti yang kecil.saya kongsi resepi disini juga sebagai rujukan akan datang..memang nak buat lagi ..sebab sedap sagat-sangat..joomm sama-sama cuba..

diolah oleh: zila4ever

BAHAN-BAHAN
2 biji telur
1 1/2 cwn santan 

1 cwn tepung gandum
1/2 cwn gula
sedikit garam
1 sudu kecil esen vanilla
1 sudu besar minyak sapi
1 cwn labu yg telah direbus dan dilecek
sedikit bijan utk tabur di atas permukaan kuih

CARA-CARA
  1. Panaskan oven pada suhu 200C, lenser loyang dengan mentega, panaskan sebentar .
    Satukan bahan2 diatas kecuali labu yg di lecek dalam satu bekas, kacau dengan whisk hingga semua bersatu.
  2. Tapis adunan tadi dan masukkan labu lecek, kacau hingga rata.
    Tuang dalam tin yang telah disiapkan tadi.
  3. Bakar selama 1 jam atau hingga masak. Kalau nak permukaannya berkerak, tambah masa pembakaran.
    Keluarkan dari oven setelah kuih masak. Biar sejuk sebelum dikeluarkan dari tin.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...