Pages

Monday, 10 December 2012

pad thai


Assalammualaikum
salam sejahtera dan salam sayang semua..isnin 10 dec..semoga semuanya hari ini diberi kesihatan yang baik..dan dapat meneruskan aktiviti harian seperti biasa.


dah sarapan belum?..zila hari ini tak makan apa-apa lagi..masih tercari-cari makanan apa yang best untuk dibeli nanti..macam nak makan nasi kerabu la pulak..he hehee..



menu alam maya hari ini..pad thai..pernah makan tak?..yang tak pernah memang kena cuba.. baru tau kesedapannya ...mat salleh pun suka makan mee nie tau..kat office zila nie ada orang thai..so dia cakaplah pad thai merupakan salah satu hidangan popular kat sana..zila pun mintak la resepi..dan cuba buat sendiri..


memang betul sedap ..bagi zila kesedapan tu terletak pada sos pad thai tu sendiri..sebab gabungan masin,manis dan masam..dan mee kering  tue jugak sedap..kalau nak pakai mee teow basuh macam dah lari tajuk pulak kan..
mee tue cari di giant atau jusco..memang ada..zila sertakan gambar diatas .



masa nak makan kena tabur dengan kacang tumbuk dan cilli flaks tue ..kalau tak bubuh memang tak sedap..zila goreng lada kering dan tumbuk ..tapi terover goreng sampai hitam la pulak..he hhee kira halal jew la kan..
oklah sampai disini dulu..jumpa lagi dan selamat mencuba..bye semua



PAD THAI 
Bahan bahan

kway teow kering - celur dengan air panas
bawang putih - dicincang
tahu - potong dadu dan digoreng
udang segar - dikupas kulitnya
daun kucai - dipotong 1 inci panjang
taugeh - ikut suka
2 biji telur - dipukul sedikit
lobak masin - hiris kecil-kecil
sos pad thai - air asam jawa,gula melaka sos ikan thai campurkan kesemuanya,agak-agak masin,masam dan manisnya seimbang
kacang tanah -ditumbuk kasar 
red chilli pepper flakes - saya goreng cili kering dan tumbuk




cara-caranya

  • tumiskan bawang putih hingga harum,masukkan udang segar dan masak seketika.
  • masuk kway teow letak sedikit air,campurkan taugeh,tahu dadu,daun kucai,lobak masin dan siramkan sos pad thai gaul rata.
  • ketepikan mee disebelah kuali,goreng telur yang sudah dikocok diruang kosong hingga setengah masak..agak kering telur tu gaulkan dengan mee.
  • pad thai seharusnya basah sedikit,tambahkan air sedikit jika mee kering.
  • hidangkan mee bersama red chilli flakes dan kacang tanah tumbuk.mesti letak kalau tak ada memang tak sedap.
  • boleh makan bersama ulam-ulam dan limau nipis.


31 comments:

yan's cottage said...

salam Zila....
aduh....pagi2 singah dapur Zila tenguk pad thai nie lapor je perut nie...sedap Zila yan pernah makan masa berkunjung kesana....tapi tak tahu nak buat...lepas nie boleh cuba....

Asyifa Mustaffa said...

mesti sedap nie....semua rasa ada....:)

Nooriah Abdullah said...

akak tak pernah makan ni tapi dah baca resepi step bye step macam senang dan sedap je, ingat nak buat jugak lah sbb ada kacang tu fav apa saja benda yg dicampur kacang pasti nak cuba,,

khairiah khaizu said...

akak mmg suka makan makanan thai, byk rasa....tapi pad thai nie seriously akak tak pernh dengar pn....nti nk cuba la zila nie sesuatu yg baru.....

Mas Sani said...

waduh kak... kita tengah demam ni tp gagah juga nak pergi ke dapur maya akk sbb nampak ada makanan sedap!
alahaiiiiii.... kecur sungguh tekak ni nengokkn pad thai tu...kecur3x hihii

Kakzakie said...

Baca cara yg zila tunjukkan tu kakak rasa macam boleh buat. Itu yg kakak suka senang ikut cara zila. Kalau nak buat bolehlah kakak masuk sini lagi.

aima said...

pertama kali tahu pasal pad thai...mana nak cari keow teow kering ni?..sos pad thai mmg menarik...nak cuba ni

zila norazila said...

aima
kway teow kering tue ada di jusco atau giant..mgkin dikedai-kedai biasa pun ada..color dia jernih sebelum di celur.

hazila said...

Akak pun ada stok pad thai kering tapi dah lama tak buat.

Seri Kandi Tanah Jauhar said...

husband sy suka masakan Thai, udang pun tengah banyak cuma kena cari kueytiaw ni dulu.. nampak warnanya jernih jer ye

Gee® said...

Sedapnyaaa...

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

salam zila..
memang nampak sedaplah zila... buat akak terasa lapar la pulak ha... nak cuba carila kue tiaw kering tu... mcm tak pernah nampak la pulak..

Melly Octaviana said...

sedap nya..melly suka .Thanks for sharing yah.kapan kapan mau buat juga..laparr lah tengok photo nya..slurrp

wanie said...

sedapnyaaa..!!lama dah x mkn ni...mee nya tu susah nak dpt,,apa jenamanya kak..?

zila norazila said...

wanie
jenama apa akk x ingat..nnt blik umah akk tgok yer..he heh:)

syapex said...

uiii... Dapnya... nak sikit...

Amie said...

Waduh Zila! Memang nampak mengancamlah pad thai tu... kalau ada lagi bolehlah Kak Amie tapau sikit!

Miss Zahirah said...

wlpun x pnah mkn, tp nmpk menyelerakan.. huhu

rahel said...

Salam Zila...
dari tadi sya telan2 liur tengok pad thai ko ni...haisss...

cquek said...

Beautiful photos, and the food looks incredible!

Kak yon said...

menahan air liur nengoknya.gambar cantik lagilah mengoda :)

Qasey Honey said...

mmg nmpk sedap..lain dr yg lain..pestime tahu makanan ni wujud..leh try nti..

Marsita yahya said...

Salam Zila, nampak sedap pad thai ni, nanti boley cuber..

Tina Othman said...

wah nyum, sedapnya, tina aritu masak pad ni mcm mee goreng biasa je, okey2 jelah rasanya

nanti boleh lah try mcm ni pulak

Tina Othman said...

wah nyum, sedapnya, tina aritu masak pad ni mcm mee goreng biasa je, okey2 jelah rasanya

nanti boleh lah try mcm ni pulak

asmah yusof said...

aku lmbt sampai dh...sure dah licinnn...hehe..best akupnh try dulu...time duk bukit kayu hitam...:))

inahar ali said...

salam zila cayang..perghhhhh..x tertahan akak nengok..kecur liur dibuatnya!!

Rohah said...

salam kak, selalu dengar ni kak..tapi kita tak pernah buat lagi..betul2 sedap nampaknya..

kasihredha said...

Sedapnyaaa...pagi2 ni jd Lapar.

Sue @ Nenie said...

Salam Kak..pernah dengar nama ni tapi tak pernah tengok rupa apa lagi merasa..nampak gayanya kena intai2 kat giant juga rupa mee dia ni...pastu bolehlah cuba...

Sonia ~ Nasi Lemak Lover said...

When i visited to Bangkok last time, I ate pai thai at least once in every meal, yours look so yummy ..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...