Pages

Monday, 10 September 2012

mee sarang


Assalammualaikum,
salam sejahtera dan salam sayang semua-semua.:)




sekejapnya dah hari isnin kan..pantas betul masa berlalu..terasa-rasa baru jer bercuti hari sabtu dan ahad..tupp tupp dah kerja balik hari isnin..he hhee hee..apa khabar semua??..open house masih lagi berjalan seperti biasa kan..masih meriah suasana kunjung mengunjung kat johor nie..sampai sesak-sesak jalan..ramai betul orang buat open house kan..




tapi tak apalah kan..bukannya selalu kita dapat bertandang kerumah kawan atau sedara mara kita..waktu-waktu beginah masa yang sesuai dapat berbual ..dan mengeratkan tali persaudaraan..kalau hari-hari biasa masing-masing dah sibuk dengan urusan tersendiri..





dalam kesibukan kita beraya kerumah sahabat dan saudara mara..jangan sesekali kita lupakan jiran tetangga yang berhampiran dengan kita..jiran setaman..ataupun selorong kawasan kita..kadang-kadang yang jauh-jauh sempat kita pergi..tapi yang depan dan sebelah rumah langsung tak dijenguk..seelok-eloknya biarlah yang muda menziarahi orang yang lebih tua dari kita kan..




pernah tak makan mee sarang?..mesti ada yang kata dahhh..dan ada jugak yang tak pernah makankan...sapa yang tak pernah makan kenalah buat sendiri he hee..ataupun cari la kat kedai dan restoran yang ada menjual mee sarang nie..hari tue nampak SARI show kat blog dia mee sarang nie..alahaiii terus kecurr tak terkata..lepas tu IKA  pun ada buat jugak..aaiiisshhh pandai betul diorang tu menggoda ..show makanan yang sedap-sedap lagi..terima kasih buat sari dan ika ..i love u tau..:0



kiranya dah beberapa kali jugak zila buat mee sarang nie,tapi time tuu amatlah malas nak snap segala bagai..bila dah siap masak rasa macam nak cepat-cepat jew makan..he hhee ..tak sabar la tu kan..;)..
oklah jom sama-sama semak resepi..sesiapa yang nak buat jugak silakanlah mencuba memang amat mudah dan berbaloi kesedapannya..hidangan ini memang sesuai untuk buat hidangan open house..ringkas dan cepat siap..ok lah salam sayang semua bye..



MEE SARANG LADNA
Resepi asal - Alam Sari dan 
Ika Arah
dicuba oleh - zila4ever.blogspot.com

Masak bahan kuah dahulu :
  • 2 sb minyak masak
  • 4 - 5 ulas bawang putih diketuk dan ditumbuk kasar
  • 9 - 12 ekor udang sederhana besar dibersihkan
  • 1 - 2 ekor sotong dibersihkan dan dihiris sederhana nipis
  • 2 keping fish cake dihiris sederhana nipis
  • 1/2 sb serbuk pati ayam/ ikan bilis
  • 5 sb kicap cair
  • 1/2 sk serbuk lada sulah
  • 1 ikat sayur sawi (bersihkan dan siang, asingkan batang dan daun)
  • 4 1/2 cawan air
  • 1/2 cawan air masak + 2 sb tepung jagung, dikacau rata
  • 2 biji putih telur

Cara-cara :

1. Panaskan minyak dan tumis bawang putih sehingga naik bau.
2. Masukkan udang dan sotong. Kacau sekejap sehingga udang dan sotong hampir masak.
3. Masukkan serbuk pati ayam/ ikan bilis dan kicap cair. Kacau sekejap dan masukkan 4 1/2 cawan air dan serbuk lada sulah.
4. Masukkan pula batang sawi yang telah dikerat-kerat. Masak sehingga mendidih.
5. Apabila mendidih, masukkan pula daun sawi dan sayur-sayur yang lain jika ada. Biar 3 -4 minit kemudian masukkan campuran air tepung jagung. Kecilkan api, kacau sehingga kuah pekat dan mendidih.
6. Tutup api dan masukkan putih telur, kacau membulat.

Sementara tungguh kuah mendidih, sediakan sarang daripada bihun.

Bahan Sarang :

Sebungkus Bihun (gunakan yang dibungkus bersih & ditanggung halal, mahal sikit tak apa sebab kita nak goreng terus ia dalam minyak tanpa dibilas air, kalau bilas susah nak jadi sarangnya)
2 cawan minyak masak

Caranya :

Panaskan minyak masak sehingga betul-betul panas. Sederhanakan api dan masukkan segumpal bihun (leraikan segumpal- segumpal) ke dalam minyak dan goreng cepat-cepat sehingga kembang keseluruhan bihun. Angkat dan masukkan dalam pinggan. Teruskan menggoreng gumpalan bihun yang lain. Tuangkan kuah ke atas sarang ketika menghidang dan nikmati bersama cili hijau jeruk.



kuah ladna - ika arah
  • 1 sb Bawang putih yg dcincang
  • 1/2 sk Halia yg di cincang
  • 1 sb Tauchu tak nak letak pun ok jugak
  • 3 cwn Stok ayam-kita guna 1 kiub ayam knorr campur dgn air panas
  • 1 sb Sos ikan /nampla
  • 3 sb Sos Tiram
  • 1 sb kicap cair - brand thai yg biasa digunakan utk buat ladna
  • 1 sb gula atau lebih ikut selera
  • 1/2 sk lada putih
  • 1 ekor Sotong sederhana besar dpotong ikut suka
  • 5 Ekor Udang dbuang kulit
  • 1 pokok Kailan atau sawi dpotong
  • Lobak merah potong nipis
  • Baby Corn optional
  • 1 biji telur dkocok sedikit
  • Terpulang nak letak sayur apa pun
  • Minyak utk menumis
  • Bancuhan tepung jagung atau ubi secukupnya utk memekatkan kuah








22 comments:

:: Mrs.Eady :: said...

menarik nih..

kakcik said...

Kalau ada kemahuan, cepat je jadinya, kan? :)

kasihredha said...

resepi yg mesti di coba

LinRosly said...

Assalamualaikum Zila Cayang :D

Setelah ditelek ditenung resepinya ni mmg sedap...kalau ada rasa pedas2 lagilah uhmmmmmmmm!



ibundo said...

mmm.. yummy yummy..

Gee® said...

Awww!! pestime tgk mee sarang... gerenti best ni kan Zila...

Mieza said...

resepi yg mesti dicuba ni..tp yg jadi lambat mencuba tu sebab encik suami tak leh makan bihun...rasa bersalah pula masak sesuatu yg dia tak leh makan...jd menu yg menggunakan bihun hanya boleh dicuba bila suami outstesen je la...mieza mmg suka mee dgn kuah ladna :)

Kakzakie said...

Ohh... zila kakak tak pernah makan dan tak pernah jumpa - jakun nie. Kakak ingatkan soohoon tau tadi. Good idea utk kakak mencuba. Gambar zila dahlah menggoda kalbu hihi...

ijayuji said...

Salam kakak manis, akak org johor ke kak? alamakkkkkk! mee sarang dia udangnya besor2, kita nak nak 3 ekor ya kak hihihi.... terasa mcm nak makan lagi mee nii sedap kan kak mcm makan sohoon goreng ^^,

Siti Nadira said...

Salam perkenalan....sedapp ni kalau makan panas2..time berasaapp tu yg sedap...hehehe...btw...i follow...:)

ibh_sue said...

Asslmkum kak zila.
Kompius tau akk ka adik ya. Heeee
siyes first time tgk. Mcm mn ble terlps pandang kat rmh Ika ada ni dl.
Apa pun mmg mengguda tau mee tu.

Sonia ~ Nasi Lemak Lover said...

This look similar like Cantonese stir fried noodles, I guess it must taste yummy..

Acik Erna said...

assalam zila..acik tak pernah makan..nak ambil resepi ye zila..kalau ada masa nanti nak cuba..nampak sedap sangat tengok gambar tu

umi's cup cake said...

Salam zila,
umi adalah salah sorang yg tak pernah mkn..jd kena buat sendiri la ya...minta semangkuk dari zila boleh tak?

Mas Sani said...

owh...namanya mee sarang, baru ku tahu hihihi.... Bihun tu kalo dh dgrg cmtu mkn dgn soto pun sedap kan.....

izahdaut said...

zilaaa.. 1st time ni dengar mee ni.. hmmm sedap nampak hidangan nya tu.. boleh la try 1 day. tq share resepi n buat empunya resepi jugaaa

Wani said...

salam kak zila .. nak tadah mangkuk nak mee sarang tapi rasa dah habis dek dimakan tuan rumah hihi.. x pernah buat lagi mee sarang ni cam sedap je ..sebab bihun tu digoreng ...

Asmara said...

menariknya! tak pernah mkn. oh goreng beehun tu ye. mesti lagi sedap!

Mamasya said...

Salam Zila cyg.sedap nampak samosa kari kat bawah tu.kalau kat Cairo ni...ada rupa paras mcm samosa...laju je ambil nak cuba tp rupanya inti cheese yg masam itu....
menarik nengok mee sarang burung Zila hidangkan ni...bihun digoreng rupanya mkn dgn kuah.....sedapnya...

Melly Octaviana said...

nampak sedap lah.pertama kali melly liat masakan ini..hmmm jadi mau cobain..slurrp
thanks for sharing zila.

mama sara nur said...

assalam zila
pertama kali akak tgk ni, jakun sikit he he
tp kalu cuba tentu sedapkan

rahel said...

Rahel pun pertama kali tengok mi sarang...boleh cuba ni..lain dr yg lain...menyelerakan...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...