Pages

Tuesday, 18 September 2012

gerang asam


Assalammualaikum


salam sejahtera dan salam sayang semua..
dah bercuti 3 hari rasa seronok pulak kan..he hehee..malas betul nak memulakan kerja hari ini..tapi perasaan malas memang tak boleh diikutkan sangat..habis semua kerja tak akan menjadi..betul tak?



dah makan tengahari semua?..
pasti semuanya dah kenyang kan..ada yang dah tengah fikir-fikir nak masak apa untuk menu makan petang pulak..zila tak makan tengahari lagi nie..hari nie perut rasa tak sedap pulak..cuma makan kerepek pisang jew..



oklah jom cerita pasal masak-masak pulak..bila zila show balik pic nie..terasa terliur la pulak..hari ini nak share asam pedas style nyonya melaka..rasanya lebih kurang macam asam pedas johor juga..tapi bagi zila lagi sedap yang style nyonya macamnie...
resepi asal dari chef florence cukup terkenal dalam dunia masakan ..dan keseluruhan resepi nie zila ambil dari dapur ibundo -ayam gerang asam-. zila suka singgah kedapur beliau..semua masakannya sedap-sedap..terima kasih daun keladi buat dapur ibundo..i love u ..

zila tukar ayam kepada ikan keli,atas permintaan bujang kecik kat rumah nie..he hehe  ..dia memang minat makan ikan keli..pada sesiapa yang nak mencuba..silakan..jom semak resepi ..







Keli Gerang Asam
Resepi asal - chef florence
                 - dapur ibundo


bahan - bahan
6 ekor ikan keli

Bahan blender
30 biji cili kering - kurangkan jika tak suka pedas
5 biji bawang sederhana besar
4 ulas bawang putih
1 inci halia
1 inci lengkuas
5 biji buah keras
2 batang serai
1 inci kunyit hidup
2 sudu besar serbuk belacan 

70 gram asam jawa + 1300 ml air
sehelai daun kunyit dicarik-carik
1 batang bunga kantan dibelah dua
beberapa helai daun limau purut
beberapa batang daun kesum
2 sudu besar serbuk ikan bilis




cara - caranya
- Panaskan minyak.  Tumis bahan kisar sehingga terbit minyak.  Lamanya proses ini agak-agak 10 ke 15 minit.  Pastikan bahan tumis benar-benar masak. 
- Masukkan ikan,masak sekejap.
- Masukkan air asam jawa bersama bunga kantan, daun kesum, daun limau    purut, daun kunyit, serbuk ikan bilis dan garam. 
- Masak sehingga kuah pekat. perasakan garam dan sedia dihidang. 



selamat mencuba






21 comments:

Marsita yahya said...

Salam Zila,
kita masak asam pedas gak tapi asam pedas daging...

zila norazila said...

wsalam mas
wahhh sedap jgk tue..rindu pulak nk mkn asam pedas daging..mesti sedap tue kan:)

hazila said...

Sedapnya..... Mintak semangkuk boleh?

zila norazila said...

he hhee zila..boleh2..jemput dtg umah:)

umi's cup cake said...

Salam Zila,
Sedapnya..dua2 fav umi tau..baik asam pedas atau pun ikan keli...terliurnya...nanti nak cuba la..simpan resepi dulu boleh?

zila norazila said...

wsalm umi cygg.
bolehh resepi mmg untuk dikongsi..:)mesti kena cuba jgk tau.:)

Evelyn Gemina said...

Kak zila jgn lupa frozenkan utk saya tau, then pos laju,hehe

kakcik said...

Nampak sangat menyelerakan. :)

Wani said...

salam kak zila.. ni macam asam pedas lebih kurang tapi lain sikit.. emm cam best ni pekena dgn nasi panas ..hihi..terliur tengok

Bicara Kak Noor said...

kalau sudu tu dekat mmg akak dah suapkan kemulut tu nampak sedapppppppppppp lah

kasihredha said...

sumpah terliurrrr...
tengah telan air liur ni

Chah said...

Mak aii..perut tgh kenyang ni tp dok telan air liur lg ni, cemana tu???

Rohah said...

kecurrrr, kecurrrrr...ikan tu mmg dah pebret anak beranak saya sangat2 kak..memang terbaiklah!! bilalah nak sampai JB nie (@V@)...hehe

Mamasya said...

Salam Zila.nampak pekat asam pedas itu....sedapnya. tengok bahannya kelainan ada letak buah keras...itu buat lemak dan pekat.boleh cuba....masuk senarai dulu...

ibundo said...

salam zila.
ai lap u too hehe.
dapur reality bundo memang tak berenti masak asam pedas style ni sebab permintaan adalah tersangat tinggi. Sodapp..

Shiela said...

adeq manissss.. byk sedaplaa nampak itu ikan.. hehehh..

Asmah Yusof said...

Salam zila cyg...bikin kecur ayaq liuq ja pepagi nie...:)) BTW..nice pic beb :))

rahel said...

Salam Zila...
kecur liur nampak ikan yang terkena sudu kat nasi dlm pinggan tu...kalaulah Rahel ada kat sana time tu....

ijayuji said...

Salam kakak cantekkkk!!!! sedapppnyaaaaaa!! tp syg lahh kita tk makan ikan keli kita ambik kuah2 dia ya kak :D kuah dia tu buat kita terliur lerrr sedapnya makan nasik panas2 curah kuah byk2 :D Abg kita bela ikan keli kat belakang umah mak kita bykkk sgt! nak mkn ikan keli sauk jer kat kolam belakang umah hihihi... tp kita tak makan specis2 ikan sungat atau darat nii :D

LinRosly said...

Assalamualaikum Zila Sayang :D
Biasanya masak asam pedas melaka, mmg sedap...Insya Allah boleh cuba ni...

Kakzakie said...

Warna dia pun dah memikat selera kakak. Rumah kakak at least sekali dalam seminggu mesti ada asam pedas Zila.

Kakak nak cuba style zila nie bila bahan semua ada. Mesti abang dgn anak kakak suka.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...