Pages

Thursday 16 August 2012

Pineapple and bluberry tart - salam lebaran buat semua yang tersayang


Assalammualikum
salam sayang dan salam sejahtera semua..pagi khamis yang mendung jew kat area rumah zila nie..kalau nak mengemas rumah memang sedang elok la kan..tak la penat sangat kan.tapi semua kerja-kerja mengemas telah zila siapkan sebelum ini...almaklumlah rumah tak besar mana..tu yang tak berapa nak kemas sangat..he hee.



hari ini pelajar-pelajar sekolah dah mula bercuti kan..best la diorang leh pergi cari baju raya..tambah-tambah mana yang kurang kan..ank zila tak beli baju lagi..hari ini baru nak pergi beli..memang saja nak beli last-last minute..nak rasa meriah sikit..h ehhe hee alasan :)





pada sesiapa yang tak sempat buat kuih raya ..hari ini kalau dah start cuti bolehlah buat kuih kan..kalau tak nal buat boleh beli jew..biasanya kalau kerepek-kerepek zila jarang buat..beli jew senang..kalau biskut2 memang tak pernah beli..zila lebih suka buat sendiri.. kata orang setahun sekali kan..bila buat sama-sama dengan anak baru terasa keseronokan nak menyambut hari raya...




inilah salah satu kuih raya kegemaran zila,tiap-tiap tahun mesti buat...kiranya wajib kalu tak ada macam tak lengkap jew rasa..zila suka buat tart gulung,suka letak inti banyak-banyak...baru rasa puas hati bila gigit..h ehhe hee..tahun ini zila buat banyak versi..anak zila tak suka tart nenas..so untuk dia zila buatkan tart blubery...




yang ini tart badam,zila suka tabur badam atas tart..malas nak sapu kuning telur..lagipun rasanya lebih sedap..pada sesipa yang malas macam zila nie bolehlah cuba yer..:) 
ok lah disini zila sertakan resepi yang biasa zila gunakan bila buat tart.jom semak resepi.



Pineapple and bluberry tart
oleh : zila4ever.blogspot.com


1 buku butter
2 biji kuning telur
1 biji putih telur
sedikit essen vanilla
400 gram tepung gandum 
2 sudu gula icing jika suka - zila tak letak
1 sudu besar minyak sapi




cara - caranya

Pukul bersama butter minyak sapi hingga sebati.Masukan telur dan esen vanilla, pukul lagi.Masukkan tepung gaul hingga sebati dan lembut.Panaskan oven.Ambil doh dan tekan pada acuan tart, isikan inti jem nenas dan bluberry yang telah siap, kemudian gulung secara perlahan, letakkan di dalam dulang pembakar.Ulangi sehingga habis.



SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI


Sempena menyambut syawal yang bakal tiba ini..zila menyusun 10 jari memohon ampun dan maaf jika selama perkenalan kita di alam maya ini ada komen-komen zila yang menguris hati dan tidak menyenangkan .. almaklumlah zila hanya manusia biasa yang tak terlepas dari membuat kesilapan.
maaf zahir dan batin dari zila sekeluarga..
berhati-hati di jalan raya..semoga berbahagia bersama keluarga tersayang...i love u all ;)


20 comments:

hazila said...

Salam,
Sedapnya kuih tart... Selamat Hari Raya Aidilfitri buat zila sekeluarga.

Nuridah said...

Assalamualaikum Zila,

wah cantik kuih tart Zila nie..kak Nur belum pun sempat nk buat tart...byk kerja sangat...

Salam Aidilfitri buat Zila...ampun dan maaf jika terdapat kesilapan dan terkasar bahasa semasa meninggalkan komen di blog Zila ini.

gerhana luka said...

cantik je tart bluebery tu dan rasanya pun mesti sedap. Selamat Menyambut Hari Raya juga untuk Zila.

Kakzakie Purvit said...

Zila kakak tak pandai buat hiasan berjurai yg kat blueberry tart tu.. cantikkan:)

Selamat Hari Raya juga dari kakak buat zila dan keluarga. Maaf dari kakak ye zila..

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

cantiknyer tart yg zila buat ni.. nampak gebu je...

slmt hari raya aidilfitri dari akak & family... maaf zahir & batin..

Mas Sani said...

byk betul sekut raya akk... Kalo rumah akk dekat mmg x malu mas singgah beraya pastu pulun habislh semuanya tp syg huhuhuhu tahan kecur jelah :-)
hakikatnya tart nenas n blueberry tu sgt2 menggoda dan menduga tekak mas...alahaiiiiiiii hehehe...

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI......muahhhh!

Fiza Rahman said...

Kuih tart...my fav.

Selamat hari raya aidilfitri buat zila & family ☺☺

Norzie hany said...

Sis pun suka tart yang intinya byk2.Selamat hari raya maaf zahir dan batin Zila.

Unknown said...

Assalamualaikum Zila Syg :D
Selamat Hari Raya Aidilfitri
Maaf Jikalau Terdapat Salah Dan Silap...

P/s : Berhati2 Bila Balik Kg

Note: Sedap semua kuih tu Kak Lin suka sesangat..tunggu Kak Lin datang umah Zila tau...hik3 Gurau2 jer...

Amie said...

Selamat Hari Raya Zila sayanggg... maafkan daku andainya pernah menyinggung perasaanmu sepanjang persahabatan maya ini...

quinnie said...

selamat hari raya aidilfitri buat zila sekeluarga...maaf zahir dan batin jua dari saya andai ada tersalah kata sepanjang perkenalan kita ..:)

kita kan zila teringin nak shopping last minute ni..tapi kan hari tu lambat beli kasut sampai dah habis saiz..huhuhu...

Ummi said...

Assalam Zila cayang....Amboii rajinnya wat tart macam2 versi, akak suka dua2...hehehe, bak mai sebalang... Selamat Hari Raya buat Zila sekeluarga dan maaf zahir batin dari akak yea...muaaahhh!

Mamasya said...

Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri buat Zila sekeluarga. Mohon maaf zahir dan batin.akkpun baru buat tat tp tat nenas je, tat blueberry tak da inti nak buat.

Sonia ~ Nasi Lemak Lover said...

Cantiknya kuih Nastar awak, pertama kali nampak tart blueberries, sound yummy juga, lain kali CNY, i hope i can try out this blueberries tart. Tapi tak tahu macam mana nak buat blueberries filling..
Selamat menyambut Hari Raya Zila.

FnF Simple Life said...

cantik sgt kejadian tat nanas ngn tat bluberi tu Zila...

Saya pun nak ucap salam aidilfitri maaf zahir dan batin buat sila sekeluarga

FnF Simple Life said...

eh silap type... Zila bukan sila...haishhh... 0-0 ek ;)

Unknown said...

Assalamualaikum :D
Selamat Hari Raya,
Maaf Zahir Batin... sekiranya terdapat salah dan silap selama Kak Lin menjadi rakan blog anda.

Terima kasih.
Sayang Anda Semua
Muaaahhh...Muaaahhh...

Cikgu Ma said...

dulu tart nenas memang feveret saya..sekarang x lagi...semua biskut tak makan...salam aidilfitri =)

Akila said...

looks awesome

Event: Dish Name Starts With N till August 31st
Learning-to-cook

Regards,
Akila

Ayu said...


Selamat hari raya buat zila & family, maaf zahir batin..banayk zila buat kuih tahun ni ya..dah banyak rounding?..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

nuffnang