Pages

Monday 25 June 2012

tapai pulut


Assalammualaikum
selamat sejahtera semua...terima kasih kepada pengunjung blog baru dan yang lama tak pernah jemu kesini..terima kasih jugak atas komen-komen yang indah....dan tq kepada yang follow zila..dan zila akan membalas kunjugan antara lambat dan cepat ye..tapi pasti zila akan datang..:)


zila masak apa hari nie?..he hehe dah betul lah tue..tapai pulut,tapai pulut merupakan makan tradisional di malaysia.dan amat digemari dikalangan penduduk pantai timur..terutamanya di kelantan dan terengganu.tetapi di johor nie biasanya popular dengan tapai ubi..



tapi bagi zila tak kesahlah pulut ker ..ubi ker..dua-dua tetap zila gemari..tak pernah rasa jemu..lagi-lagi kalau dapat yang sejuk..makkk aiii  sejukkk jew rasa kat tekak nie.zila buat pagi jumaat lepas..dan hari ahad dah boleh makan..alhamdulillah menjadi..nie kali yang ke 3 zila buat..menggunakan resepi yang sama..memang manis,tak payah letak gula pun..kali nie zila tambahkan sedikit pewarna hijau pulak..bagi nampak kehijau-hijauan sikit..




terima kasih kepada kak norli harumaini..yang sudi share resepi tapai nie..banyak resepi tapai pulut yang saya simpan..tapi saya sangat teruja guna resepi kak norli nie..sebab caranya amat mudah..saya sharekan resepinya disini juga..sebagai rujukan ..pasti akan buat lagi..:)





tapai pulut

1 kg beras pulut - di basuh bersih bersih hingga pulut putih bersih(dengan cara berulang kali)
1 ketul ragi sebesar 20 sen
air secukupnya



peralatan:
rice cooker 1.8L
  1. beras pulut di bersihkan dan toskan. 
  2. kemudian masukkan dalam rice cooker.masukkan air hingga setakat no 7.(ada sukatan no dalam periuk tu) kemudian terus panaskan rice cooker dan masaklah sehingga pulut masak.zila letak sedikit pewarna hijau.
  3. hancurkan ragi  hingga betul betul halus.
  4. setelah pulut masak keluarkan pulut dari rice cooker dan ratakan di atas dulang sehingga pulut benar benar sejuk.
  5. masukkan serbuk ragi di dalam penapis kemudian ayakkan di atas pulut. gaulkan pulut sehingga rata dan sebati.
  6. setelah itu bolehlah pulut ini di masukkan dalam bekas yang di sukai.
  7. simpanlah pulut di dalam bekas seperti tupperware besar @ plus nasi besar @ bungkus dengan kain.
  8. selapas 2 hari barulah sedap dimakan..







27 comments:

asyifamustaffa said...

salam K.Zila,
rajinnya buat tapai...sy bab2 mcm nie..mmg malas la yg amat...hehe...

sbb sy malas..! nak skit...bole...:)

Puan Ros @ Sinaranmenu.blogspot said...

Salam Ziela.Kak Ros tak pernah buat tapai seumur hidup ni.makan pun boleh kira brapa kali.Pandai dan cantik tapai yang zila buat ni ya.

Norzie hany said...

Assalam Zila.
Aduhai....tapai pulut ni mmg fav sis.Teringin nak makan tapi tak rajin nak buat.Dah ada resepi ni nanti bolehlah sis cuba.

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

assalam zila..

akak pun penggemar tapai tak kira pulut atau ubi kayu dua2 akak suka.. hihihi..
tapai pulut pula juadah wajib tiap kali raya kat rumah mak akak..
sebabkan terlampau sukakan tapai.. suatu ketika dulu akak buat tapai untuk jualan.. hehe.. bertahun2 juga buat tapai pulut ni & hantar ke kedai2.. tapi sejak dah ada anak no. 3 & dah berpindah rumah agak jauh dari ofis.. akak dah tak sempat nak buat tapai lagi sebab kesuntukan masa.. sampai rumah pun org dah azan maghrib.. masa rumah dekat dgn ofis (& anak belum sekolah lagi) sampai rumah kul 5.40... sampai2 je rumah dah boleh kukus pulut dulu.. & lepas tu dah boleh sejukkan.. kalau sampai rumah lewat.. faham2 ajelah.. nak sejukkan, nak masak lagi, nak packing lagi.. waaaa... rindu nak mkn tapai pulut.. mintak zila punya sikitla...

rabeah said...

boleh gak cuba ni...mana tau menjadi...x yah buh gula ye..mekasih

Unknown said...

Mak mertua akk terror buat tapai pulut. Pernah buat dulu, kjp2 bukak tgk dah boleh mkn ke tak. Mak kata, mana boleh buka selama 2 hari, nnti dia lembik. Betul kata mak, dia buat menjadi sb dia sorok tmpt tinggi, takde yg dpt tgk....hehe:-)

Amie said...

Zila... tengok tapai pulut ni, pernah kak Amie macam mengidam sangat nak makan tapai pulut. Suatu hari kami ke pasar dan terjumpalah orang jual tapai, kami beli banyak.. kak Amie makan tak berhenti dari tengahari sampai ke petang, malamnya pulak panas semacam dan kepala berpusing2... he he hehh suami kata kakak dah mabuk tapai!
he he heh kalau dekat rumah zila, kakak nak datang bawa mangkuk kosong minta Zila isi penuh-penuh! Alahai....

Acik Erna said...

assalam zila..sedapnya tapai pulut..makan masa sejuk..makan dengan ais krim atau makan dengan cendol..atk boleh tahan zila..sedapnya

Unknown said...

pandainya adik comey ni buat tapai akak yg tua ni pun belum pernah buat cuma pernah makan je hee

ummiaisyah said...

zila..kiter terlior tgk sirap laici kt bwh....sgt tergodaaaa..tapai berani mkn sikit2 je..panass!

Sonia ~ Nasi Lemak Lover said...

Nampak sedap juga..,

Rohah said...

semalam baru makan tapai ubi, ntah dr mane cik abang dapat sy pun tak tanya...nampak atas meja terus ngap aje..hehe.teringin juga nak menapai pulut,lom pernah buad lagi..

Cheq Sue said...

inilah salah satu benda yang kita tak reti makan, dan tak reti nak buat, setakat tolong bungkus time nak raya tu ok lah... as kelantanese, memang something wrong la kan tak mkn tapai?? ^_^

Qasey Honey said...

slm Kak Zila cyggg....QH tiru lagu kat blog ni buh kt blog QH tu...sedap pula bile dgr lgu tu...xpe kan...hehe

amboiiii rajinnye kakak ku sorg ni...siap mnapai tu....nmpk sedap...tp QH xgeti nk mkn tapai2 ni...tp klau huby dia suka...nti la nk cuba jugak..nk buat utk cik abg...hihihi..

Jayanthy Kumaran said...

excellent recipe..thanks for sharing dear
Tasty Appetite

Anonymous said...

salam kak zila

sedapnya, tapi org kata ada pantang kan nak buat tapai ni

dapurCikWan said...

salam kak zila...awal2 dah tempek resepi tapai..hehe..makin kuat mood nak raya..betul2..orang ganu sejati macam CW ni hantu tapai pulut.. tiap tahun memang wajib buat..esp time raya puasa dan raya haji.kalau tak de tapai pulut,..tak rasa macam raya..cw selalu bungkus dalam daun getah atau daun jambu...tak pun kalau takde daun tu...daun pisang pun ok..sebab mudah...bukak je pintu dapur, bleh ambik daun pisang ;))tapi sekarang zaman moden...tapai dalam bekas plastik kecik2..tapi tetap comel ;)

Mamasya said...

Salam Zila cayangg.tapai ada lagi ke....semlm dah dtg intai tapai tp tak sempat nak komen....PC problem,ni dtg lagi...akk suka tapai yg sejuk...simpan peti ais...sedap mkn.masa kat Msia selalu beli sbb husben suka dok jauh ni kenalah bat sendiri...

umi's cup cake said...

Salam zila sayang..
betul tu zila..umi org johor lebih makan tapai ubi tapi suami orang terengganu lebih makan tapai pulut...dua2 telan, cuma mana yang lebih prefer la..tapi tak pernah buat..hehe

Melly Octaviana said...

terlambat dtg nih, sudah abis kah..?
kalo di kampung melly kita makan nya dgn lemang..slurrp

mama sara nur @ Cik Nor said...

assalam Zila
samalah kita tapai pulut ke tapai ubi dua22 suker he he teringin nak makan stail dulu2 mak akak letak dlm daun keladi, bau tapai wangi lain sikit

Azie said...

Zila, berkenan lak tengok pinggan bercorak klasik tu. gambar pun memang kelas lah. Saya masih belum tahu tekniknutk mengambil gambar yg cantik. Belum ada meja kecil utk digunakan.

kasihredha said...

sukeeee
best mkn dgn aiskrim vanila

ogyep yummy mellow said...

aduhai.... rajinnya la pulak menapai.... suka tapai u.. lagi2 klau sejuk... bestnya...

quinnie said...

patut la warna hijau tapainya...ingatkan ada magic ke apa..heheheh....dah lama kita tak buat tapai...huhuhu...

ragi besar 20sen ni terbaik kalau nak buat tapai..kalau beli saiz yg besar 50sen memang tak elok..sebab kita pernah terkena..tu yg lama dah tak buat...hehehe

Outbound di malang said...

salam gan ...
menghadiahkan Pujian kepada orang di sekitar adalah awal investasi Kebahagiaan Anda...
di tunggu kunjungan balik.nya gan !

tapai pulut daun getah said...

lihat pembuatan tapai pulut di www.sukriramli.tk atau lawati facebook kami www.facebook.com/tempahantapaipulut

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

nuffnang