Pages

Friday, 22 June 2012

sirap laici fresh


Assalammualaikum dan salam sejahtera
Laici adalah sejenis pokok berbuah iklim sederhana yang berasal dari selatan China, selatan Indonesia dan timur Filipina. Nama sainsnya Litchi chinensis.Buah laici dikatakan mempunyai persamaan dari segi khasiat dengan buah longan dan rambutan.Buah laici yang berasal dari China ini kaya dengan vitamin c dan potassium.Ia mempunyai kandugan rendah kolestrol,sodium dan lemak.





Pada keseluruhan buah laici baik untuk mengekalkan kesihatan dan mengawal berat badan,ia juga memainkan peranan penting dalam menghasilkan 2 unsur yang dipanggil elastin dan kollogen.




kollogen adalah terdapat dalam kulit,dimana ia berperanan menyembuhkan permukaan kulit akibat kecederaan.Elastin pula berperanan mengekalkan dan meneggangkan kulit.memperlahankan kedutan.Juga dikatakan buah laici baik untuk mencegah kanser payudara dan kesihatan akar rambut.





banyak betul khasiat buah laici rupanya..bila dah mengoggle nie baru tau kebaikannya..rasanya tak rugi bagi penggemar buah laici kan..haritu round-round kat pasar malam..tengok ramai betul orang kerumun kat gerai laici nie..patutlah orang duk pakat serbu rupanya laici segar-segar baru sampai..bila terpandang jew ..zila pun rasa teringin jugak..sekilo RM10 jew..murah..tapi pastikan dulu rasanya manis atau masam-masam kelat..dan bila dirasa..sure memang boleh beli nie..so beli la dalam 2 kilo..ketamakkan melanda..he hee kt umah tue cuma kami bertiga..berapa harilah nak habiskan 2 kilo tue..anak pulak awal-awal dah cakap x minat..waaa...semput emak nak kena abiskan..


akhirnaya terpaksalah dibuat sirap laici macamnie..baru laju jew diorang minum..pic kat atas tue setelah 3 hari ..makanya....agak kering sikit tangkai laici tue..




sirap laici fresh

bahan bahanya
1 ikat buah laici segar 
2 cawan gula pasir 
sedikit pewarna merah/sirap 
beberapa ketul ais 
Air (ikut kesesuaian)
sehelai daun pandan

cara -caranya 
  1. Buah laici dibuang kulit dan bijinya,asingkan.
  2. Masak air bersama gula dan daun pandan.Jangan terlalu pekat.Pastikan rasanya sedang elok utk buat minuman. 
  3. apabila air gula sudah cukup masak masukkan sirap dan buah laici.Gaul rata 2-3 minit.tutup api. 
  4. sejukkan seketika kemudian masukkan ais.



35 comments:

Bicara Kak Noor said...

salam adik cute..
kalau macam ni tak haus pun boleh jadi haus jugak ni tengok kemerahan dan kemeriahan air ni bak secawennn

Nuridah said...

Assalamualaikum Zila,

waduh pepagi dh dihidangkan dgn air sejuk penyejuk
tekak...nk2 skrg musim panas....slurppppp habis segelas.

khairiah khaizu said...

sedapnyaaa.....terasa sejuk kt tekak nie pagi2....saya mmg suka sirap laici ais...

gerhana luka said...

salam ziarah kembali, thanks sudi follow saya.
saya pun kalau jumpa orang jual laici mesti rasa tamak je nak beli banyak2 tapi berbaloi sbb anak2 suka laici

leen said...

tergoda..n mngancam anak tekak nie...comei bekas air tu...

Ilhamkreatif said...

Salam zila...hilang dahaga ni... kalau dapat,lagi mengancam ngan warna merahnya

Rohah said...

alahai kak...nyamannya...

Asyifa Mustaffa said...

Salam kak,
waaaah bole kawal berat badan ek...tang tu yg minat nak baca tu...hehe...

ada lgi x airnya ? mai secawan ....:p

Chah said...

refreshing! apa2 brasaskan laici mmg mendapat tempat di jiwa ku.... tengok gambar yg enawan plak tu...adoiii...

Fadzmie Mohamad said...

Minum tengah-tengah panas, fuh. Memang terbaik! ;)

Nuwairani Ismail said...

kalau ada daun pandan tu memang boleh bayang dah macam mana rasanya tu.

ogyep yummy mellow said...

bestttttt nya.... panas2 ni, pekena sirap laici... terasa2 sejuk anak tekak ni..

Norzie hany said...

Assalam Zila.
Sis mmg suka makan buah laici...kalau dapat sirap laici fresh mcm ni lagi sis suka.Sejuk dan nyaman tekak.

Liza said...

perggghhh, sedapnya minum masa panas2 ni...

Acik Erna said...

salam zila..sungguh..tergoda cik melihat cantiknya warna sirap laici ni..diminum masa sejuk mesti sedap diwaktu cuaca panas ni

Kakzakie said...

Gambar yg zila captured cantik tu buat kakak tengok pun terliur huii.... sedap-sejuk terasa.

♥LOVE2COOK MALAYSIA♥ said...

Wow your pics make me sooooooo thirsty la dear!!! Huwaaa suka laici...suka sirap...nak!!! ;)

Qasey Honey said...

aduhhhh Kak Zila sygggg oiii...kecur dh ni haa tgk sirap laici yg merah myala tu...nk jugakk...gambo pon sgt cntikkk...

Ayu said...

Assalam zila,
akak tengah bw mana yang sempat ni..penat & haus tau..kalau dapat minum segelas..alangkah nikmatnya..zila lalu belakng pun akak tak nampak..heheh

FnF Simple Life said...

salam zila... wah guna laici fresh...sedap nye... musim buah skrg ni ye

Nina Mirza said...

As'salam Zila ....

terasa sejukkkk tekak tengok gambar air Laici Zila nie...
"Mai secawan " . .hehee

ϟ Zeera AzZahra said...

assalamualaikum cik belog.. ,

mmg rase tibe2 dahaga tengok air laici kat atas tu.. dush..

ilahjy said...

salam zila
kak ilah tak sangka pula.. buah laici segar molek dibuat mcm ni...selalu guna yg dlm tin.. agaknya kalu buah puding ker lain2 ker mungkin lagi enak ya? cuba lah cipta resepi lain nanti kongsi ya hehehe

Naz / Nadz COSK said...

Assallamualaikum zila..

Ari tu dah tengok dah sirap laici ni di fb tapi tak sempat nak mengendeng kat sini. Mmg kelas minum sirap laici sejuk time panas2 ni..

Yana Shaiful said...

Salam Zila...sejuk tekak masuk sini..rasa nak amek jer segelas dua nk ilangkan panas nii ^^

rahel said...

Salam Zila...
kalau dapat sirap laici satu balang memang segar terasa badan ni..hehe..

mama sara nur said...

assalam Zila
sedapnya Zila wat sirap laici.
tadi lalu kat pasar malam tgk laici je dijual banyak segar2 pulak tu , memang sedap nak lg makan yg fresh ni
masa kecik2 kalu demam mesti suh mak beli laici dlm tin tu he he teringat pulak

Mieza said...

zila..salam rindu..waaaa banyaknya entry zila yg mieza terlepas...tak sempat sungguh mieza nak menziarah blog kekawan...tp kalu free mesti datang sini..coz this is among my fav blogs...air laici tu sedapnya nampak..kalau lalu kat tekak ni fuhhh nyamannya..buat berbuka posa sedap bangat ni zila..mintak segelassss zila!

Mamasya said...

Salam Zila,Cuaca panas terik kat sini nyamannya kalau dpt minum segelas.tp kat Cairo ni tak da buah laici fresh...dlm tin pun tak dijual
byk khasiat rupanya buah laici ni...yg bagusnya dpt pula berperanan mengekalkan dan meneggangkan kulit dan memperlahankan kedutan...boleh jadi ubat awet muda ni...
re; asst mama yg berdua tu mmg rajin kalau minta tlg, mcm kembarpun ada...sorang buat kerja, sorang lagi nak juga.

Ros said...

Assalamualaikum Zila,

Aduhhh... sejut ja tekak,memang sedap sangat la Zila..

dapurCikWan said...

waduh...dah beberapa hari tgk kat fb..ni baru bpeluang nak tgk kat blog ;)) sejuk mata memandang...tapi kalau dpt rase...sejuk anak tekak ni..hehehhe...akak, tau tak kat kemaman ni RM6 je satu kilo...huhu.selalu cw makan yang dalam tin je...nanti cw beli buat jus macam ni plak ye.. ;))

LadyBird said...

sangat sedap... segar dari ladang :D

quinnie said...

memang tengah musim buah laici ni kan...kat tempat saya pun ada jual tapi tak teringin lak nak beli..hehhehe

sedapnya...tengah musim panas ni boleh habis sejug air ni..kekekke

maz said...

waaa..klu dpt 1 jag pnas2 mcm ni..bestnya manjakan tekakkk...suka tgk pic2nya ...cun melecunnn...cntikkk...

Jay said...

looks divine dear
Tasty Appetite

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...