Pages

Monday, 2 April 2012

Abok - Abok


Assalammualaikum dan salam sejahtera semua..
Bertemu kembali dibulan baru dan bersama semangat baru .pagi isnin yg hujan disini segala pergerakan pun rasa malas jew.rasanya nak meneruskan tidur di bantal yang empuk alangkah bahagianya kan..he hee heee tapi apakan daya tugas sentisa menunggu kita.tak kiralah kepada surirumah atau yang bekerja masing-masing ada tanggungjawab tersendiri.


hari ini saya nak kongsi bersama satu lagi resepi yang kerap jugalah saya buat.cuma tidak berkesempatan nak masukkan kedalam blog nie.resepi yang saya rasa sangat simple dan senang.kuih ini sentisa ada bila kami adik beradik berkumpul dirumah emak.kiranya macam kuih untuk cuci mulut jer la ..pembuatanya tak susah mana.gabungan sagu,gula melaka dan kelapa parut.jika suka letak la pewarna yang digemari.saya memang penggemar warna biru,sebab itulah semua hasil kuih-kuih saya biruuuu...he he heee .jika tak letak pewarna pun boleh ..orignal sago bewarna putih.

cara melipat kun tu mungkin kalau orang yang jarang buat agak susah.sebenarnya berbagai cara boleh digunakan..kalau emak saya dia melipat style kuih koci.biasanya saya masukan didalam loyang dan tabur jer gula..tu style pemalas la..tapi style tu mmg mudah senang jew nak makan..tapi kali nie saya buat kun,dan pengakhiranya semat dengan lidi..tapi entah kemana lidi tu menghilang saya pun stpler jer la..jom tengok resepi ..

Abok Abok (anggaran dalam 10 biji)

2 cawan sagu biji
2 cawan kelapa parut putih
5 sudu makan gula melaka
5 sudu makan gula pasir
secubit garam
daun pisang dan lidi penyemat

cara-caranya

basuh sagu ( lalukan diatas air paip beberapa kali dan toskan )
gaul kelapa dan garam bersama
campurkan kelapa dan sagu sehingga rata
Campurkan gula merah dengan gula pasir.
Masukkan 2 sudu campuran sagu ke dalam calong daun pisang. Kemudian sendukkan 1/2 sudu campuran gula dan akhirnya masukkan 1 sudu campuran sagu
Tutup calong dan sematkan dengan lidi. Kukus kuih lebih kurang 10 minit. 

22 comments:

ijayuji said...

Salam kak zila! sedap kuih abok2 kita mmg suke! daun pisang kita byk lagi tu tak guna, tp dia punyer sagu takde lah pulak kalau tak dah jadi satu kuih hari nii tuk minum petang :D nanti shopping kita carik biji sagu tuu, kelapa pulak boleh guna kelapa kering ajer hihihi...

Nuridah said...

Assalamualaikum Zila,

Biru mata hitam ku tengok abok2 tu...hehe...nmpak sedap gitu.

♥LOVE2COOK MALAYSIA♥ said...

Beautiful kuih I would say. Tukar ngan nutella brownies dear...;)

Mas said...

bestya dpt makan abok-abok, lagi2 makan masa panas2...sedapnyalahhhh!

HaSue said...

wuihh..kaler dier mengancam dan nampak sedap!

KakAsma said...

sib baik cuti semalam akak ada buat..kalau idak mau ngences tengok..kreatip laa zila bagi warna gitu...

ady said...

as-salam kak zila
wahhh!!!ada dust2 kat sini..mmg fav kita ni..cantik dust2 kak zila ni warna biru...

izahdaut said...

AAAA.. SUKEEEE.. WARNE BIRU LAK TU. TETIBE TERBAYNG MAKAN ABOK2 BIRU DI TEPI PANTAI PHUKET. TETIBE RASA KUIH MODEN2 SEKSI2 GITU KAN.. HHAHAA..

EH VERSI YANG MASUK AJE DALAM LOYANG TU VERSI PALING SUKE TU.. MCM NAK GENG AJE. KIKI

Nieza said...

wahh cantiknya kuih abokx2 ni..saya tak pernah buat lagi.nanti boleh cuba ni:)

Rohah said...

salah satu kuih pebret saya k.Zila.kalau ada kenduri kat rumah mak mmg tak tinggal kuih tradisi ni..

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

akak pun peminat biru juga... tp idaklah sampai semua kuih nak warna biru.. hehehe... cuma certain2 benda bila nak beli tu mesti warna biru sampaikan kereta pun warna biru.. hehe..

FnF Simple Life said...

Ini kueh faveret my hubby... hmmm...sedapnye.

ASMAH YUSOF said...

Slm Zila....fuhhhhh biru mata hitam ku tgk abok2...best sgt kuih nie...feberet asz ...dpt biru kale nya...;))

Acik Erna said...

Asalam zila..terima kasih follow blog acik..belum pernah acik jumpa abuk2 dan lompang warna biru..sesuatu yang baru ni

Gee® said...

Dh lama tak makan abok2... sedap jer nmpk... nak ckit...

Mama Hawa/Mama Nani said...

Salam Zila :)

Mmg mama suka kuih abok2 nie mmg best!! 1 kelainnan abok2 kaler biru mcm mat saleh hehehe mungkin fav kaler Zila biru ke?

Wani said...

salam ziarah zila ..terima kasih coz sudi singgah kat blog ya ...:)).. x pernah lagi buat kuih abok2 rupanya senang je hihi tapi kena guna daun pisang akan dicuba buatlah nanti ..dah lama x main kukus2 ni hihi

Naz / Nadz COSK said...

Zielaaaa, comelnya abok2 kaler biru..cantikkkk..

Qasey Honey said...

wah Zila...awak sgt rajin..cntik kuih abok2 tu...

aYaNk aFeZa said...

zila. .awk mmg suke yg warna warni ke?? rase bahagia je kalau dapat mkn kuih ni. .haha~~

Nina Mirza said...

Wow!! blue blue... suka suka!!
menawan kalbu~~ tak sampai hati nak makan
hehehe . . .

HomeKreation said...

Wow, biru lah abuk2 nya.... cantik!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...