Pages

Friday, 4 November 2011

Cream Puffs


Assalammualaikum.






alhamdulillah masih di beri kesempatan untuk saya berblog lagi..sebenarnya bayak resepi yang saya nk cuba..tapi masa membatasi..hari ini saya bercadang nak buat macarons..wahhhh dengar jer dah seram sejuk nak mencuba..he hee..tu la org kata klu nk wat macarons bukan senang..so saya pun masih mencongak2 kat kepala..nak buat ke tak...tapi kalau x cuba..kita pun x tau..tul x..?..disebabkan cuaca skarang x menentu saya batalkan macarons punya cerita..so malam tadi saya try buat cream puffs...


cream puffs nie mmg sedap,patutlah rata2 orang komen sedap..so saya cuba resepi dari yaniKR..memang berbaloi betul resepi nie..first time buat dah pun menjadi..lepas nie  saya nak buat selalu..owhhh x lama lg..mmg sah2 naik menjunam berat badan saya.h aha ahaaa..








jom kita sama2 masuk dapur..layann cream puff nie..


Cream Puffs


Bahan bahan ( dalam 10 biji )

100 ml air
45 gram butter
60 gram tepung gandum
2 biji telor (100 gram)

cara caranya

  1. Persediaan awal. Panaskan oven pada suhu 200C. Alaskan dulang oven(oven plate) dengan aluminium foil kemudian sapukan minyak ke atasnya. Lepas tu ayaklah tepung. Masukkan telur ke dalam mangkuk. Pukul biar telur kuning dan putih berncampur.
  2.  Masukkan air dan butter ke dalam periuk. Masak dengan api sederhana kemudian kuatkan sehinggalah mendidih. Bila dah mendidih tutupkan api.
  3.  Masukkan tepung dan kacau cepat-cepat.
  4.  Panaskan semula adunan dengan api sederhana sehingga nampak kepingan nipis terbentuk. Kemudian padamkan api.
  5.  Masukkan telur, kacau cepat-cepat.
  6.  Masukkan adunan ke dalam piping bag. Pipe kan ke atas dulang seperti dalam gambar. Anggaran diameternya ialah 5cm.
  7.  Tekan bahagian tanduk yang terhasil supaya cream puff nampak cantik.
  8.  Spray permukaan cream puff dengan air. Bakar dalam oven pada suhu 200c selama 15 minit. Kemudian turunkan suhu kepada 180c dan bakar selama 25 minit. Kalau nak nampak lagi perang biarkan cream puff di dalam oven beberapa minit sebelum dikeluarkan.
  9.  Sejukkan cream puff sebelum dimasukkan kastad Bentuk nozzle yang diguna untuk buat cream puff. Saiznye adalah 1 cm.



krim kastard

1 sudu besar tepung gandum
1 sudu besar tepung jagung
4 sudu besar gula pasir
1 cup susu segar
1 biji telur saiz L
1 sudu mentega

cara caranya

sediakan periuk
campur kesemua bahan diatas.
masak atas api sederhana hingga berkilat..



selamat mencuba..


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...