Pages

Saturday, 6 August 2011

APPLE PIE..PUFF FROZEN





Bahan inti:
2 biji epal merah, kupas kulit dan didadu
1sb gula pasir (atau lebih bergantung pada kemanisan epal)
1sb gula perang/brown sugar
1sb butter
1sb tepung gandum secubit serbuk kulit kayu manis@ cinnamon powder
sedikit air
kuning telur untuk sapu kat luar

3-4 keping puff pastry frozen


Cara:
1. Cairkan butter dalam periuk kecil.
2. Masukkan gula perang, gula pasir, serbuk kulit kayu manis, dan epal yang dicincang tadi.
3. Masukkan sedikit air dan tepung gandum.
4. Kacau hingga pekat dan epal sedikit lembut. Sejukkan pada suhu bilik.
5. Ambil satu keping puff pastry, potong kepada dua.
6. Letakkan sedikit inti di tengah-tengah satu bahagian pastry. Sapukan kuning telur keliling tepi pastry.

7. Ambil bahagian yang lagi satu, lekatkan di atas pastry yang berinti. Tekan-tekan keliling pastry dengan garfu.
8. Buat satu kelar kat atas pastry dengan pisau tajam/gunting. Sapu kuning telur atas pastry tersebut.
9. Buat hingga semua inti/pastry habis.
10. Rehatkan dlm peti sejuk 10-15 min.
11. Bakar dalam oven yg telah dipanaskan terlebih dahulu, 190C untuk 15-20min atau hingga pastry keperangan.





slamat mencuba..simple sgt..;D..dan rasanya sedap..tq pada tuan empunya resepi..x ingat amik kt mana..sbb godeh resepi byk sgt..tp ini yg the best..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...